Jasad Sivasutan selamat disemadikan

Iklan
Jasad mendiang tiba di Pusat Krematorium Manjung Hindu Sabha Sanathana Dharma Ashram di Sitiawan pada jam 11.30 pagi.

MANJUNG - Jasad Leftenan T Sivasutan, 31, yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), selamat menjalani upacara pembakaran di Pusat Krematorium Manjung Hindu Sabha Sanathana Dharma Ashram di Sitiawan di sini pada pada Khamis.

Sebelum itu, istiadat rasmi TLDM telah dijalankan di kediaman keluarga yang berakhir dengan penyerahan Panji TLDM oleh Timbalan Panglima Armada Barat, Laksmana Pertama R Harisundar kepada ibu mendiang, R Paramesvary, 60.

Iklan
Iklan

Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.

Upacara pembakaran bermula pada jam 11.30 pagi selepas jasad mendiang dibawa dari kediaman keluarganya di Taman Serdang Jaya kira-kira dua kilometer dari sini.

Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.

Iklan

Penghormatan sebelum pembakaran yang dijalankan turut disertai bapa mendiang, M Thanjappan, 61, disusuli dengan upacara menanggalkan pingat dan aksesori perkhimatan daripada seragam yang dipakai mendiang.

Pingat dan aksesori perkhimatan itu kemudiannya akan diserahkan kepada ahli keluarga.

Iklan

Ahli keluarga, saudara mara dan kenalan terdekat yang hadir kelihatan tenang ketika upacara berlangsung sehingga selesai ada jam 12.15 tengah hari.

Sivasutan antara tiga kru yang berada dalam Pesawat Fennec semasa nahas berlaku bersama Komander Muhamad Amir Mohamad dan Pegawai Waran II, Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Anak kedua daripada tiga beradik itu bertugas sebagai juruterbang di unit Skuadron 502 dan baru melangsungkan perkahwinan dengan seorang doktor gigi, Dr S Harshini, 31, Januari lalu.

Dalam insiden pada jam 9.32 pagi pada Selasa itu, dua helikopter iaitu Pesawat HOM (M503-3) membawa empat kru dan tiga penumpang dan Pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas selepas bergesel di udara di Pangkalan TLDM Lumut.

Kejadian itu mengorbankan semua mangsa yang ketika itu sedang menjalani raptai perbarisan Sambutan Hari TLDM ke-90 yang berlangsung Sabtu ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!