Pemergian Noor Rahiza sukar dicari ganti - Rakan baik

Iklan
Anis Amirah tidak dapat menahan sebak ketika ditemui di pekarangan Masjid Haji Nyak Gam, Kampung Ruat pada malam Rabu.

YAN - Pemergian Allahyarham Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, disifatkan sebagai kehilangan besar dan sukar dicari ganti termasuklah kepada rakan-rakannya.

Rakan baiknya, Bintara Muda TNL Anis Amirah Zulkifli, 37, berkata, mereka berdua amat rapat sehingga digelar kembar.

Iklan
Iklan

Ujarnya, dia tidak menyangka Noor Rahiza akan pergi dahulu meninggalkan dirinya dan masih berasakan insiden berlaku bagaikan mimpi.

"Saya terima panggilan daripada seorang lagi rakan baik yang memaklumkan Kak Ija (Noor Rahiza) memang ada dalam helikopter yang jatuh.

Iklan

"Saya tanya dia, Kak Ija cedera ke tetapi rakan beritahu arwah sudah tiada," katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Haji Nyak Gam, Kampung Ruat di sini, pada malam Rabu.

Anis Amirah berkata, dia kehilangan kata-kata memandangkan sahabat baiknya dikenali sejak hampir 10 tahun lepas ketika bertugas di unit sama iaitu KD Sri Kuantan di Lumut, Perak hilang dalam sekelip mata.

Empat beradik, Nur Qistina Auni, Nur Qistina Awliya, 16, Muhammad Qisti Afif, 15, dan Nur Qistina Afia, 6, kelihatan sugul membacakan doa untuk arwah ibu mereka Noor Rahiza. Foto Bernama

Iklan

Beliau menyifatkan Noor Rahiza sebagai sahabat yang amat baik dan suka membantu orang, sekali gus pemergian arwah sangat dirasai.

"Walaupun sekarang kami bertugas di berlainan unit namun kami tetap bersahabat baik dan kehilangannya sukar dicari ganti," katanya.

Tambah beliau, mereka berdua sempat bertemu kali terakhir dan bersalam-salaman sebelum rakan baiknya itu pulang meraikan Aidilfitri baru-baru ini.

Gambar kenangan Hari Raya Aidilfitri 2024 Allahyarham Noor Rahiza (dua, kanan) bersama keluarga. Foto Bernama

Pada Rabu, jenazah Noor Rahiza selamat dikebumikan pada jam 9.55 malam berhampiran pusara ibu tercinta, Ratipa Yahaya yang meninggal dunia pada Julai tahun lepas.

Allahyarham Noor Rahiza adalah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Pangkalan TUDM Lumut, Perak pada Selasa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!