Mat Yo berkelana ke Thailand

Iklan
Mat Yo bakal membuka lembaran baharu dalam kariernya apabila membuat keputusan menyertai kelab Bangkok Glass.

SELEPAS beberapa minggu timbul spekulasi berkenaan masa depannya, penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha akhirnya memilih untuk beraksi bersama juara Liga II Thailand 2019, Bangkok Glass Pathum United.

Perkara itu disahkan oleh ejen Norshahrul atau Mat Yo, Abdul Halim Abdul Shukor yang menjangkakan bekas penyerang Pahang itu akan memeterai kontrak dengan Bangkok Glass Jumaat ini.

Iklan
Iklan

"Saya telah mendapat tawaran rasmi daripada salah satu kelab besar di Thailand bagi mendapatkan Mat Yo. Jadi esok (hari ini) dia akan ke Bangkok sebelum membuat pemeriksaan perubatan pada Khamis. Jika semuanya baik, Jumaat nanti dia akan tandatangani kontrak.

"Beberapa bulan lalu, mereka (Bangkok Glass) ada mencari pemain dari ASEAN dan saya cadangkan nama Mat Yo kerana saya percaya keupayaan teknikal dia yang boleh bermain dalam Liga Thailand,” katanya.

Iklan

Menurut Abdul Halim, beliau tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan Mat Yo walaupun sedang berada di penghujung karier. Sebaliknya, beliau optimis Mat Yo masih mampu beraksi dalam tempoh beberapa tahun lagi.

"Apabila saya mencadangkan nama Mat Yo, saya tidak lihat pada umurnya tetapi saya yakin dia boleh beraksi selama dua hingga tiga musim lagi kerana bakatnya masih ada selaku penyerang yang baik.

Iklan

"Semuanya bergantung kepada diri sendiri dalam soal penjagaan kecergasan termasuk pemakanan serta semua perkara. Di Jepun sekalipun ada pemain boleh kekal beraksi sehingga umur 51 tahun, jadi saya rasa tiada masalah,” ujarnya yang juga Pengarah Urusan Offside Sport.

Bangkok Glass atau turut dikenali BG Pathum United turut membariskan Irfan Ahmad, anak kepada legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad yang beraksi di posisi pertahanan.