Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024

Iklan
Foto hiasan

JAKARTA - Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia (BI) kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024, kata RHB Investment Bank (RHB IB).

Bank pelaburan itu juga menjangkakan BI mengekalkan kadar faedahnya berikutan inflasi yang terkawal dengan sasaran harga utama dalam julat 1.5-3.5 peratus untuk tahun ini.

Iklan
Iklan

Malah, kadar yang lebih tinggi berpotensi menjejaskan pertumbuhan pinjaman dan permintaan pengguna.

Pada masa sama, rupiah yang lemah boleh membantu dari segi menyokong lebihan dagangan yang susut 40 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2024.

Iklan

"Kami menyedari risiko kenaikan selanjutnya jika berlaku tekanan inflasi global atau ketegangan geopolitik yang memburukkan lagi keadaan tidak dijangka pada separuh kedua tahun ini,” katanya dalam nota penyelidikannya, hari ini.

Selain itu, RHB IB berkata reaksi awal pasaran awal juga reda yang menunjukkan bahawa kenaikan sekali kadar 25 mata asas susulan mesyuarat bank pusat April mungkin tidak memadai bagi membendung kelemahan rupiah.

Iklan

Dalam taklimat secara maya, Gabenor BI Perry Warjiyo menyifatkan kenaikan kadar itu sebagai tindak balas kepada kebangkitan semula dolar AS dan konflik di Timur Tengah, sehingga memerlukan dasar yang"dalam jangkaan, berpandangan jauh serta dahuluan.”

Pada sesi itu juga, Perry mengunjurkan rupiah kekal stabil pada 16,200 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua dan mengukuh kepada 15,800 menjelang suku keempat dalam senario pengukuhan mata wang negara maju berkenaan.

Rupiah susut nilai sebanyak 2.3 peratus berbanding dolar AS pada bulan lepas.

Dalam nota berasingan, Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata BI sedang mempertimbang kemungkinan menaikkan kadar faedah pada masa depan walaupun tidak melibatkan sebarang rancangan segera bagi langkah sedemikian setakat ini.

Ia turut menekankan bahawa kebimbangan utama bank pusat itu adalah berkaitan usaha bagi memastikan kestabilan rupiah.

"Wujud risiko bahawa penyusutan nilai dolar AS/rupiah yang berterusan, berkemungkinan mencetuskan satu lagi kenaikan kadar faedah itu,” kata Maybank IB.

Langkah BI menaikkan kadar dasar utamanya kepada 6.25 peratus juga adalah paras yang tertinggi sejak 2016. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!