SYARIKAT pembangunan hartanah, IOI Properties melancarkan Senna Puteri seluas kira-kira 47 hektar di Bandar Baru Salak Tinggi di kawasan Lembah Klang Selatan pada Khamis.
Pembangunan hartanah ini menawarkan akses dan rangkaian lebuh raya yang memudahkan pergerakan penduduk ke tempat kerja atau beriadah di pusat bandar dan kawasan-kawasan sekitar.
Antaranya sambungan ke Lebuhraya Utara-Selatan Central Link (ELITE), Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya dan Lebuhraya Nilai-KLIA serta berdekatan Putrajaya, Cyberjaya, dan Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Senna Puteri juga terletak hanya lima minit dari stesen Laluan Rel Ekspres (ERL) Salak Tinggi dengan akses ke lebih 170 destinasi di seluruh rangkaian rel bersepadu Lembah Klang melalui hab transit KL Sentral.
Selain itu, pembangunan hartanah ini turut memanfaatkan pelbagai kemudahan pendidikan, komersial dan riadah berdekatan, antaranya Universiti Xiamen Malaysia, Universiti Antarabangsa INTI dan Mitsui Outlet Park.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulannya, Teh Chin Guan berkata, perkataan 'senna' mempunyai makna 'kecerahan' dalam bahasa Arab, mewakili visi pembangunan hartanah mereka di Bandar Baru Salak Tinggi itu.
Ujarnya, pembangunan di Bandar Baru Salak Tinggi bermula apabila ia menjadi pusat pentadbiran Sepang pada 1983, dengan penyediaan kemudahan lain bertaraf antarabangsa seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Litar Antarabangsa Sepang.
"IOI Properties menerokai kawasan itu dengan pembelian tanah pada 2012, mengiktiraf demografi dan kebolehcapaian yang berkembang pesat di kawasan itu, didorong oleh ketersambungan jalan raya dan ERL yang baik serta institusi pendidikan serta peluang pekerjaan yang mencukupi," katanya pada Majlis Pecah Tanah Senna Puteri di sini pada Khamis.
Pembangunan Senna Puteri juga dilancarkan selepas kejayaan Warisan Puteri iaitu pembangunan bercampur bersepadu di Kota Warisan, Sepang seterusnya ia dapat melengkapkan aktiviti komersial, perindustrian dan perdagangan sedia ada di kawasan itu.
Senna Puteri bakal dibangunkan dengan 12 fasa pembangunan dalam tempoh 10 tahun akan datang yang akan dilengkapi dengan kawasan rekreasi, kawasan hijau, balai raya, surau dan kemudahan asas yang lain.
Sementara itu, Pengurus Besar IOI Properties Bangi dan Sepang, Wong Peen Fook berkata, bagi fasa pertama, Senna Puteri menampilkan 386 unit rumah tiga tingkat di puncak bukit dikelilingi kehijauan alam dan pemandangan bukit bukau dalam kawasan seluas 7.2 hektar berpagar dan berkawal.
Pembangunan hartanah itu turut menawarkan ruang tamu terbuka, ruang makan dan dapur memaksimumkan pencahayaan semula jadi dan peredaran udara, sambil mengoptimumkan kecekapan ruang dan pemupukan interaksi di rumah.
Dikelilingi dengan suasana kehijauan yang subur, pemilik dan penduduk rumah bandar atas bukit tiga tingkat itu juga boleh berehat dan bersantai di ruang rekreasi bersepadu seluas 1.11 hektar pembangunan.
Ujarnya, terdapat kemudahan lain disediakan seperti kawasan barbeku, gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang dan taman permainan kanak-kanak bagi menyediakan gaya hidup aktif serta interaksi komuniti yang sihat.
"Di samping itu, akan ada dewan serbaguna berdekatan untuk dijadikan tempat untuk perhimpunan sosial, aktiviti dan penganjuran pelbagai acara," katanya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Senna Puteri, sila layari https://www.ioiproperties.com.my/warisan-puteri-sepang/aurelia-townhouse atau hubungi talian 03-8705 9989 untuk melawat galeri jualan di IOI Galleria @Warisan Puteri Sepang.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!