Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Khaled

Iklan
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah). Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula Prosedur Operasi Standard (SOP) latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Selasa lepas yang mengorbankan 10 nyawa, berulang.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia bergantung kepada hasil laporan siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Siasatan yang ditubuhkan.

Iklan
Iklan

"Kita ambil pengajaran daripada insiden ini dan kita akan tunggu laporan siasatan. Daripada situ kita akan lakukan perkara yang sewajarnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian Selasa lepas 10 pegawai dan anggota tentera TLDM terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 9.32 pagi.

Iklan

ATM dan TLDM dilaporkan akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter terhempas semasa raptai perbarisan Hari TLDM Ke-90 itu. - Bernama

Iklan