SAINGAN Piala Dunia Sepak Takraw Kuala Lumpur 2024 menjanjikan impak berbeza berbanding edisi sebelum ini dengan pengenalan tiga kategori baharu dalam usaha menyemarakkan kejuaraan sukan tersebut.
Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader berkata, pengenalan tiga kategori baharu itu merupakan tambah nilai kepada anugerah pasukan terbaik sebelum ini.
Jelas Abdul Halim, tekong terbaik, apit kanan terbaik dan apit kiri terbaik merupakan tiga nilai tambah yang akan menambah lagi kemeriahan temasya berkenaan.
"Sepak takraw memasuki era baharu edisi Piala Dunia Kuala Lumpur 2024 dengan memperkenalkan beberapa perubahan terbaharu.
"Buat pertama kalinya edisi Kuala Lumpur 2024 mewujudkan kategori baharu iaitu anugerah tekong terbaik, apit kanan terbaik dan apit kiri terbaik.
"Anugerah ini diwujudkan bagi mengiktiraf peranan dimainkan pemain-pemain setiap pasukan," katanya selepas Majlis Undian Sepaktakraw Piala Dunia Kuala Lumpur 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Khamis.
Sebagai rekod, edisi Kuala Lumpur 2024 dijadualkan berlangsung di Stadium Titiwangsa dari 18 hingga 26 Mei depan.
INFO
Sepaktakraw Piala Dunia Kuala Lumpur 2024
Regu Event (Premier)
Grup A
Thailand
Vietnam
Indonesia
Grup B
Malaysia
China
Brunei
Grup C
Korea Selatan
Filipina
Singapura
Grup D
India
Jepun
Myanmar
Regu Event (Divisyen Satu)
Grup A
Jerman
Perancis
Nepal
Iran
Grup B
Bangladesh
Pakistan
Sri Lanka
Taiwan
Arab Saudi
Double Event (Divisyen Satu)
Grup A
Bangladesh
Nepal
Taiwan
Sri Lanka
Grup B
Arab Saudi
Perancis
Iran
Jerman
Pakistan
Double Event (Premier)
Grup A
Jepun
Brunei
Malaysia
Grup B
China
Vietnam
India
Grup C
Myanmar
Filipina
Indonesia
Grup D
Thailand
Singapura
Korea Selatan
Team Event (Premier)
Grup A
Indonesia
Vietnam
Singapura
Grup B
India
Thailand
China
Grup C
Brunei
Jepun
Malaysia
Grup D
Myanmar
Filipina
Korea Selatan