Penggunaan Akaun Fleksibel KWSP perlu imbangi kesan jangka panjang

Iklan
Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Mohd Effendy)

SHAH ALAM - Penggunaan Akaun Tiga atau Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu diimbangi dengan pertimbangan teliti terhadap kesan untuk jangka panjang ke atas persaraan dan keperluan kewangan semasa pencarum.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, ia berikutan keputusan menggunakan akaun tersebut adalah perkara peribadi dan bergantung kepada keperluan serta matlamat kewangan individu.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, antara perkara yang perlu dipertimbangkan ialah faktor kecemasan dan kestabilan kewangan; ketidakpastian ekonomi serta perancangan kewangan.

"Ia memberi keupayaan untuk mengeluarkan simpanan dengan mudah tanpa perlu menghadapi prosedur yang rumit atau syarat yang ketat,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, Mohd Effendy berkata, fleksibiliti kewangan boleh menjadi faktor yang penting semasa ketidakpastian ekonomi atau keadaan yang tidak dijangka.

"Akaun Fleksibel KWSP memberi anda kebebasan untuk menguruskan simpanan mengikut keperluan semasa tanpa menambah beban hutang melalui pinjaman yang sedia ada.

Iklan

"Selain itu, bagi sesetengah individu yang ingin merancang kewangan secara lebih aktif, akaun ini boleh memberi peluang untuk menguruskan simpanan dengan lebih strategik dan terancang dengan penambahan simpanan Akaun Persaraan tetapi pada masa yang sama mempunyai pilihan pengeluaran mengikut keperluan semasa pencarum.

"Walau bagaimanapun, adalah penting untuk menilai kesan jangka panjang penggunaan Akaun Fleksibel KWSP terhadap simpanan persaraan kerana pengeluaran berlebihan boleh mengurangkan kemampuan simpanan untuk berkembang dan memberi pulangan yang mencukupi pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, menurut beliau, penggunaan Akaun Fleksibel KWSP untuk mengeluarkan simpanan boleh memberi kesan kepada simpanan hari tua atau persaraan sekiranya tiada kawalan dan perancangan yang teratur.

Ulasnya, antara kesannya ialah kurang simpanan untuk persaraan dan potensi kurang pendapatan pelaburan.

"Selain daripada itu, pengeluaran berulang dari Akaun Fleksibel KWSP boleh mengurangkan kemampuan simpanan untuk berkembang secara maksimum melalui pelaburan jangka panjang.

"Walaupun fleksibiliti untuk mengeluarkan simpanan adalah baik, ia penting untuk menyeimbangkan keperluan semasa dengan matlamat jangka panjang persaraan.

"Memastikan simpanan yang mencukupi untuk masa depan adalah penting untuk kestabilan kewangan jangka panjang,” menurutnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!