Isu anak MB Perlis: 'Mohd Razlan tidak perlu terkejut'

Iklan
Ahmad Fadhli Shaari

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii tidak perlu terkejut berhubung kes penahanan anak kepada Menteri Besar Perlis bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penahanan tersebut belum menentukan sama ada individu itu benar-benar bersalah, malah masih boleh diperintah bela diri jika didapati ada kes.

Iklan
Iklan

"Jadi, tidak perlulah terkejut. Ia hanya siasatan.

"Ada kawan saya, terus bertuah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya ditarik balik kes walaupun sudah diperintah bela diri.

Iklan

"Jadi, tak perlu terkejut. Simpanlah terkejut itu untuk perkara lain,” katanya dalam siaran di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, media melaporkan, anak kepada Menteri Besar Perlis antara enam individu yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Iklan

Majistret Ana Rozana Mohd Nor membenarkan perintah reman terhadap kesemua suspek bermula Rabu sehingga Khamis selepas mendapat permohonan SPRM bagi menjalankan siasatan bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pada Khamis, media melaporkan Razlan akui terkejut apabila kerajaan Perlis terkait dengan siasatan SPRM tidak sampai dua tahun PN mengambil alih pentadbiran negeri itu.

Dalam pada itu, ujar Ahmad Fadhli, Mohd Razlan tidak sepatutnya terkejut kerana siasatan SPRM adalah perkara biasa terutama menjelang pilihan raya.

"Dalam kes ini, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu sedang menjelang. Bukanlah kerana pilihan raya SPRM menyiasat, tetapi hanyalah kebetulan sahaja.

"Sama sahaja kebetulan ketika hampir pilihan raya enam negeri tahun lepas, pegawai-pegawai Menteri Besar Kedah disiasat SPRM. Kemudiannya, Perikatan Nasional (PN) menang besar di Kedah.

"Saya terkejut kenapa beliau (Mohd Razlan) boleh terkejut. Ini kerana siasatan SPRM ini satu perkara yang tidak perlu 'diterkejutkan',” ujarnya.