[VIDEO] PRK KKB: Sanusi dakwa kerajaan tidak fokus masalah negara

Iklan

HULU SELANGOR - Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa kerajaan tidak memberi fokus sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah negara.

Menurutnya, Kerajaan Perpaduan kini dilihat lebih gemar untuk bercerita mengenai keburukan yang terdapat pada pihak pembangkang.

Iklan
Iklan

"Tuan-tuan biasa jumpa? Orang jadi kerajaan yang setiap hari cari kesalahan pembangkang kecuali kerajaan (Perpaduan) saja. Orang yang punya banyak waktu untuk menyerang pembangkang membuktikan orang itu tak buat apa.

"Ketika Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memerintah sebagai kerajaan kita tiada masa nak reka keburukan orang lain, kita punya waktu terhad untuk fikir nak bawa negara ini ke depan saja," katanya ketika menyampaikan pidato sempena Majlis Pengumuman Calon PN PRK KKB pada Khamis.

Iklan

Sanusi

Iklan

Tambah beliau, rakyat kini mampu membuat penilaian terhadap pimpinan kerajaan ketika ini setelah pelbagai isu yang timbul masih tiada penyelesaian.

Ujarnya, cabaran sekarang sudah tidak sama seperti dahulu dan banyak perubahan berlaku daripada pelbagai aspek.

"Perubahan dunia, cuaca, politik dan geopolitik ketika ini memerlukan kepimpinan yang memahami realiti untuk bantu negara keluar daripada situasi ini.

"Barulah kita akan menjadi negara kukuh dan kuat. Rakyat hidup aman damai dengan rakyat berbilang kaum serta membangunkan ekonomi tanpa meminggirkan mana-mana kaum," jelasnya.

Pada majlis itu, Pemangku Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Khairul Azhari, 54, yang juga anak tempatan merupakan seorang ahli perniagaan dan pernah menggalas tugas sebagai Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan Majlis Tertinggi PN memilih anak tempatan itu atas dasar tolak ansur dan timbang rasa untuk memberi kemenangan kepada parti tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!