Tak patut guna duit KWSP untuk bercuti, beli barangan mewah
Iklan
Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Ahli KWSP diingatkan supaya hanya mengeluarkan wang dari Akaun Fleksibel untuk pelaburan jangka masa panjang yang penting seperti pendidikan, kediaman atau kecemasan perubatan.
Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Arshad Ayub Graduate Business School, Profesor Tan Peck Leong berkata, Malaysia sedang beralih kepada negara yang menua dan jangka hayat semakin meningkat susulan kemajuan yang dicapai dalam penjagaan kesihatan.