Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar

Iklan
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.Gambar hiasan

KOTA BHARU - Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.

Ketiga-tiga mangsa lelaki yang berusia 12 hingga 13 tahun itu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Machang pada 15 April lalu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, pihaknya menerima laporan daripada ketiga-tiga pelajar berkenaan pada jam 12.56 tengah malam.

"Kejadian melibatkan tiga pelajar tahfiz dan polis Machang menerima tiga laporan berkaitan kes.

Iklan

"Kejadian didakwa berlaku sejak dua tahun yang lalu dan kesemua mangsa ini mendakwa diliwat oleh ustaz di pusat tahfiz berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, susulan laporan itu, guru berusia 39 tahun terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Iklan

Menurut Ahmad Shafiki, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.

"Suspek direman selama tujuh hari bermula 16 April lalu.

"Tempoh reman kemudian dilanjutkan tujuh hari lagi bermula 23 sehingga 29 April ini,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!