KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki melakukan perbuatan khianat dengan memandu kenderaan secara berbahaya dengan niat mengancam keselamatan pemandu lain di ibu negara Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek berumur 35 tahun itu ditahan susulan aduan seorang lelaki, yang mendakwa suspek dengan sengaja melanggar keretanya, dalam kejadian pada hari Isnin lepas.