Gajah serang kebun, penduduk risau keselamatan

Iklan
Antara kesan serangan gajah di kebun milik jiran Mohd Shawal.

LIPIS - Seorang pengusaha bengkel cat kenderaan di Kampung Mentara Baru dekat Merapoh bimbang susulan serangan gajah di kebun miliknya yang berhampiran rumah sejak lebih seminggu lalu.

Mohd Shawal Mohd Ghazali, 42, berkata, seekor gajah dewasa menyerang kebun kali pertama pada 18 April lalu dan diikuti dua hari kemudian.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian tersebut, beberapa tanaman seperti pokok pisang dan kelapa sawit musnah.

"Sepanjang tinggal di rumah ini, ini kejadian pertama kali berlaku dan paling mendebarkan pada Sabtu lalu kira-kira jam 8.20 malam, saya sendiri berdepan dengan gajah terbabit di tepi pagar rumah dalam jarak tak sampai satu meter," dakwanya lagi turut menemui tapak kaki haiwan itu kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Iklan
Longgokan najis haiwan liar terbabit yang turut ditemui di tempat kejadian.

Ujar Mohd Shawal, kejadian tersebut menyebabkan dia risau dengan keselamatan enam ahli keluarganya yang tinggal di rumah berkenaan.

Jelasnya, kejadian itu telah berlaku di kampung itu sejak pertengahan tahun lepas.

Iklan

"Saya tak memikirkan sangat kebun kerana yang paling risau sekarang dengan keselamatan kami sekeluarga jika gajah itu bertindak lebih bahaya.

"Setakat ini aduan dan laporan telah dibuat kepada pihak berkuasa dan polis," jelasnya.

Mohd Shawal menunjukkan kebunnya yang musnah akibat pencerobohan gajah liar terbabit.

Mohd Syawal berkata, dia dan penduduk kampung sangat berharap agar pihak berkenaan dapat cari jalan penyelesaian yang terbaik buat kami semua agar tiada lagi pencerobohan gajah.

"Contohnya dengan membuat pagar sempadan di Taman Negara di sini supaya kejadian tidak diingini tidak berlaku.

"Buat masa ini, macam saya sendiri melakukan kawalan keselamatan di belakang rumah setiap malam sebagai langkah berjaga-jaga," katanya rumahnya terletak tiga kilometer berhampiran Taman Negara.

Kedudukan Mohd Shawal ketika berdepan dengan gajah terbabit dalam jarak dekat berhampiran tepi pagar kebun miliknya pada Sabtu lalu.

Tambahnya, selain kebun miliknya, beberapa kebun milik jiran turut diceroboh haiwan terbabit beberapa hari lalu dan menemui longgokan najis gajah di tempat kejadian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!