Kurang pegawai perubatan siswazah punca doktor dibebani tugas

Iklan
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengakui pegawai perubatan yang bertugas di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) dibebani dengan tugas susulan kekurangan petugas.

Ujar beliau, perkara itu berlaku berpunca daripada kekurangan pegawai perubatan siswazah (PPS).

Iklan
Iklan

"Negara kita pernah melalui masa apabila graduan perubatan mencecah sehingga 7,000 setahun, kini (sekitar) 3,000 lebih sehingga menyebabkan jumlah PPS di hospital semakin jauh berkurang," katanya menerusi hantaran di laman X pada Jumaat.

Dr Dzulkefly berkata demikian mengulas mengenai keluhan pengguna laman X dipercayai pegawai perubatan yang terbeban dengan tugasan di sebuah hospital daerah.

Iklan
Hantaran Dr Dzulkefly mengulas mengenai keluhan pengguna laman X dipercayai pegawai perubatan yang terbeban dengan tugasan di sebuah hospital daerah.

Menurutnya, KKM menyedari isu tersebut dan telah mengarahkan pengurusan kementerian di ibu pejabat dan negeri untuk memberi perhatian terhadap situasi sumber tenaga di hospital.

"Jika perlu, pihak pengurusan menilai semula tindakan yang telah dibuat melibatkan penempatan dan cara kerja PPS.

Iklan

"Perubahan dan penambahbaikan lebih tuntas serta mapan akan mengambil sikit masa selain penglibatan pemegang taruh lain seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan Tinggi," ujar beliau.

Terdahulu seorang pengguna laman X, @MaryamSopiaK mengutarakan pertanyaan terhadap Dzulkefly berhubung penambahan petugas perubatan berikutan ramai pegawai perubatan berhenti kerja.

"Come on la, seminggu lebih jaga ward sorang- sorang, lama-lama boleh mental juga ni," tulisnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!