HULU SELANGOR - Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Penerangan (Japen) akan membuka pusat media, sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
Kementerian Komunikasi dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan pusat media di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan KKB, Aras 1, Bangunan UMNO Hulu Selangor, Jalan Pahang, di sini, akan mula beroperasi esok hingga 11 Mei, dari 9 pagi hingga 9 malam.