'Bea sobar bea, Bea rilek bea' lonjak kembali lagu dialek Kelantan

Iklan
Eda Ezrin dan Den Manjo merupakan penyanyi bagi lagu Cinta Setandan Pisang.

"BEA sobar bea, Bea rilek bea, Jange jange wi jadi gegey... Dik jange dik, Jange wak lobey, Jange ado jate lain..."

Selain beberapa lagu raya yang tular beberapa minggu lalu, pasti lirik lagu Cinta Setandan Pisang itu juga sudah kerap didengari sejak awal Aidilfitri.

Iklan
Iklan

Malah lagu nyanyian Eda Ezrin dan Den Manjo itu juga turut berada di tangga pertama carta muzik TikTok Malaysia serta sering menjadi pilihan pengguna sosial media sebagai lagu tema video yang dimuat naik.

Di saluran YouTube Kijang Music, lagu dialek Kelantan hasil ciptaan Eddie Hamid, manakala lirik oleh Mama Ana dan Fadhil Turbo itu sudah menarik lebih 3 juta tontonan.

Iklan
Setakat 4.30 petang Jumaat, muzik video Cinta Setandan Pisang sudah ditonton lebih 3 juta kali.

Rata-rata pelayar mengakui tertarik dengan muzik Cinta Setandan Pisang yang 'catchy' dan lirik bersahaja.

"Patutlah lagu sedap... pencipta lagu siapa tidak kenal Eddie Hamid, lagenda lagu-lagu jiwang zaman-berzaman," tulis seorang peminat.

Iklan

Tidak kurang juga yang melihat lagu Cinta Setandan Pisang sebagai kebangkitan semula bagi lagu-lagu dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Cinta Setandan Pisang turut menjuarai Carta Muzik TikTok Malaysia minggu lalu.

Sebelum ini, antara lagu popular dari Kelantan adalah Anak Tupai, Dikir Rambong dan banyak lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!