Berjaya nafi ada rancangan buka kasino di Forest City

Iklan
Berjaya Corporation Berhad

SHAH ALAM - Berjaya Corporation Berhad (Berjaya) menafikan terdapat rancangan dan perbincangan untuk membuka kasino dalam projek mega Forest City.

Berjaya dalam satu kenyataan berkata, laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa Bloomberg dan The Edge Singapore adalah tidak tepat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, artikel tersebut memberi gambaran yang salah mengenai pertemuan syarikat mereka bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin memulihkan kembali projek itu.

"Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa Pengerusi Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan Chee Yiounn tidak terlibat dalam sebarang perbincangan sedemikian dan menyangkal dakwaan tidak tepat yang dikemukakan dalam artikel itu.

Iklan

"Informasi yang dikeluarkan itu menyimpang jauh daripada matlamat sebenar pertemuan bersama Anwar mengenai pemulihan projek Forest City,” katanya pada Jumaat.

Sebelum ini, Bloomberg mendakwa kerajaan Malaysia sedang mengadakan rundingan bersama pengasas Berjaya, Vincent Tan dan Genting Group, Lim Kok Thay berikutan rancangan membina kasino selepas Genting Highlands.

Iklan

Susulan itu, Anwar menafikan laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa tersebut berkenaan pelan membuka pusat judi di kawasan itu.

Mengulas lanjut, menurut Berjaya, semua hantaran dan penulisan berkaitan dakwaan tersebut perlu dihentikan segera.

Ujarnya, pihak mereka juga sedang mendapatkan penjelasan daripada organisasi media yang terlibat.

"Kami percaya bahawa pihak yang bertanggungjawab akan memahami kebimbangan kami dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Sebagai maklum balas kepada ketidaktepatan ini, kami memohon tindakan lanjut daripada pihak berkenaan supaya menghentikan sebarang hantaran berkaitan dakwaan ini di semua platform,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!