159 telur penyu karah diselamatkan

Iklan
Kesemua telur ini akan dieramkan di tempat yang disediakan di Glory Beach Resort.

PORT DICKSON - Musim pendaratan penyu di pantai peranginan di sini sudah bermula apabila 159 biji telur penyu karah ditemui di Pantai Tanjung Gemok, awal pagi Jumaat.

Pengurus Pusat Pemuliharaan Penyu Glory Beach Resort, Hishamudin Abd Manap berkata, menemukan telur haiwan dilindungi berkenaan kira-kira jam 1 pagi semasa melakukan pemantauan di pantai berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kawasan pantai ini merupakan pantai ketiga yang saya pantau dalam tempoh dua minggu ini susulan musim penyu bertelur tahun ini antara bulan April hingga November.

Hishamudin (tiga kanan) bersama pengurusanGlory Beach Resort dan pelancong dari negara China.

"Saya menggunakan kaedah tradisional dengan mencucuk kayu di atas permukaan pasir pantai sebelum berjaya mengesan kedudukan telur penyu itu," katanya ketika ditemui pemberita pada Jumaat.

Iklan

Ujar Renjer Penyu itu, telur berkenaan dipercayai berada di situ antara 10 hingga 15 hari lepas berdasarkan keadaannya yang masih lembut.

"Kesemua telur ini akan dieramkan di tempat yang disediakan di Glory Beach Resort," katanya.

Iklan

Hadir sama ke lokasi berkenaan, Pengarah Urusan Glory Beach Resort, Paul Yeong.

Musim pendaratan penyu di pantai peranginan di sini sudah bermula apabila 159 biji telur penyu Karah ditemui di Pantai Tanjung Gemok, awal pagi Jumaat.

Dalam pada itu, sekumpulan pelancong dari China dan Jepun yang turut menyaksikan penemuan itu meluahkan rasa teruja dapat melihat secara dekat situasi berkenaan.

Malah jelas mereka pertama kali melihat telur penyu sekali gus memberikan pengalaman baharu buat mereka.

Hishamudin ketika mengesan telur penyu Karah di Pantai Tanjung Gemok,Port Dickson.

Salah seorang daripadanya, Ochiai Shoichiro, 83 berkata, sudah beberapa kali melancong ke negara ini dengan memilih Port Dickson untuk bermalam dan beriadah.

Katanya, selain air laut dan kawasan pantai yang mendamaikan, dia juga mahu melihat proses pemindahan telur penyu ke lokasi yang selamat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!