Malaysia selamat untuk dikunjungi - Kedutaan AS

Iklan
Malaysia dikategorikan sebagai negara yang selamat untuk dikunjungi. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Malaysia dikategorikan sebagai negara yang selamat untuk dikunjungi, kata Kedutaan Amerika Syarikat biarpun terdapat dakwaan daripada seorang ahli akademik AS bahawa Malaysia tidak selamat untuk pengembara.

"Tiada perubahan dalam nasihat perjalanan AS untuk Malaysia yang kekal pada Tahap 1, tahap paling bawah daripada empat,” kata kedutaan sebagai respons terhadap dakwaan itu.

Iklan
Iklan

Semakan dengan Nasihat Perjalanan Biro Hubungan Konsular Amerika Syarikat menunjukkan Tahap 1 adalah tahap nasihat paling rendah untuk keselamatan dan risiko keselamatan.

"Pada Tahap 1, pengembara seharusnya mengamalkan langkah berjaga-jaga yang normal terhadap risiko biasa dan kebimbangan yang mereka mungkin berhadapan di mana-mana perjalanan antarabangsa,” kata nasihat perjalanan itu.

Iklan

Di Tahap 4 pula, ia menasihatkan rakyat AS supaya tidak pergi ke negara terbabit atau meninggalkannya secepat mungkin.

Bruce Gilley, seorang pensyarah Sains Politik di Portland State University, menghantar gambar beliau menyampaikan syarahan di Universiti Malaya (UM) di laman X dan diikuti dengan kapsyen"Pemimpin politik Malaysia menggesa holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan jadi pemain yang serius dalam hal-ehwal dunia”.

Iklan

UM, yang memohon maaf kerana menjadi tuan rumah kepadanya juga mengecam Gilley kerana mendakwa Malaysia tidak selamat untuk pengembara selepas Putrajaya mengarahkan acara beliau dibatalkan kerana kenyataannya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!