NAIB juara Liga Super musim lalu, Selangor FC menyingkap kempen Cabaran Asia Selangor 2024 langkah kanan apabila membelasah kelab Brunei, DPMM FC 4-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada Jumaat.
Gol skuad kendalian Nidzam Jamil tersebut dijelmakan menerusi jaringan Noor Al-Rawabdeh pada minit ke-15’, minit ke-57'.
Alvin Fortes turut mencetak nama sebagai penyumbang gol The Red Giants dengan jaringan minit ke-30’ dan m-68’.
Sementara itu, kelab Liga Singapura (Liga-S), Balestier Khalsa FC menewaskan kelab Laos, Young Elephants FC 1-0 hasil
sentuhan sepakan penalti Kodai Tanaka pada minit ke-42.
INFO
Format Cabaran Asia Selangor 2024
setiap kemenangan mendapat tiga mata manakala setiap jaringan gol dikira sebagai satu mata tambahan dengan pasukan teratas liga dinobatkan juara.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!