Sokongan pengundi Cina dijangka merosot, ulangi PRK Tanjung Piai
Iklan
Penarikan diri MCA berkempen dijangka memberi kesan kepada pengundi atas pagar Cina.
SHAH ALAM - Tindakan terkini MCA menarik diri daripada membantu jentera kempen calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) dijangka memberi kesan negatif kepada Kerajaan Perpaduan melalui sokongan pengundi atas pagar kaum Cina.
Pengerusi Pusat Kajian Sosial dan Polisi Tun Tan Cheng Lock (TCLC) Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Profesor Madya Chin Yee Mun berkata, hal ini kerana majoriti pengundi Cina adalah pengundi pragmatik dan berkeupayaan untuk melakukan peralihan sokongan, bergantung kepada sentimen dan isu semasa.