FOMCA jangka harga naik, peniaga jangan ambil kesempatan
Iklan
SHAH ALAM - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menjangkakan berlaku kenaikan harga susulan penstrukturan gaji baharu penjawat awam yang akan diumumkan pada 1 Mei 2024.
Timbalan Setiausaha Agung FOMCA, Nur Asyikin Aminuddin berkata, sebelum ini memang sudah ada pengusaha kedai makanan yang mencatut harga makanan maka tidak mustahil akan ada peniaga yang mengambil kesempatan.