Heung-min gesa Spurs bangkit kalahkan Arsenal

Iklan
Son Heung-min. Foto Agensi

KAPTEN Tottenham Hotspur, Son Heung-min menggesa rakan sepasukannya bangkit pada pertembungan derbi utara London menentang musuh tradisi Arsenal di laman sendiri pada Ahad ini.

Menurut Heung-min, Spurs mesti mendominasi perlawanan tersebut dan menyekat Arsenal daripada meraih sebarang mata.

Iklan
Iklan

Spurs dibelasah Newcastle United 4-0 dan ia merupakan kekalahan paling teruk selain persembahan terburuk dipamerkan skuad kendalian Ange Postecoglo sepanjang musim ini.

Pun begitu, Heung-min percaya 'luka' pemain Spurs sudah sembuh dan yakin motivasi rakan sepasukannya berada pada tahap terbaik kerana derbi utara London menghadirkan aura yang berbeza kerana reputasi, ego serta status.

Iklan

"Kami mempunyai tempoh rehat yang panjang sebelum perlawanan ini.

"Jadi kami banyak masa untuk merenung kembali kekalahan kepada Newcastle dan apa yang perlu dilakukan Ahad ini.

Iklan

"Apa yang penting, kami perlu turun dengan penuh keyakinan dan tidak mensia-siakan sebarang peluang yang muncul,” katanya.

Spurs ketika ini menghuni tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menjamin slot ke Liga Europa.

Namun, sebarang keciciran mata dalam enam baki perlawanan selepas ini bakal menjejaskan peluang Spurs bersaing dalam pertandingan itu pada musim depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!