Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang

Iklan
Delegasi Makaysia yang terlibat dalam misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza diminta pulang ke negara masing-masing selepas Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.Foto Awani

ISTANBUL - Kesemua delegasi yang terlibat dalam misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza diminta pulang ke negara masing-masing selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.

Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Kita mencadangkan agar anda semua pulang ke negara masing-masing terlebih dahulu dan kami akan maklumkan dari semasa ke semasa sekiranya ada perkembangan terbaharu.

"Sejurus kami dapat melakukan pendaftaran baharu buat kapal terlibat, anda semua yang sepatutnya memulakan pelayaran ini bersama kami akan dimaklumkan terlebih dahulu,” katanya.

Iklan

Wright berkata demikian dalam sesi taklimat bersama semua delegasi terlibat di sini, pada lewat Jumaat.

Tarikh pelayaran ketiga-tiga kapal yang terlibat dalam misi ini sebelumnya telah beberapa kali ditukar. Ia melibatkan satu kapal kargo dengan muatan 5,000 tan dan dua buah kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang.

Iklan

Kapal-kapal ini akan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa buah kenderaan termasuk lapan buah ambulans.

Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran

Sebelum ini kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.

Perkembangan terbaharu itu dikongsikan Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright menerusi taklimat bersama semua delegasi terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.

"Kita dimaklumkan bahawa kerajaan Republik Guinea-Bissau menarik semula kebenaran menggunakan bendera mereka untuk kapal Akdeniz (Mediterranean) yang digunakan dalam misi pelayaran ini.

"Perkara ini telah dijangka daripada awal dan kita tahu rejim Israel akan lakukan apa sahaja untuk menghalang misi ini,” katanya.

Republik Guinea-Bissau pada masa sama juga meminta FFC menandatangani dokumen yang mengesahkan mereka tidak akan menggunakan kapal penumpang itu untuk ke Gaza.

Malah mereka juga meminta agar pihak berkuasa pelabuhan bagi lokasi terakhir yang dituju untuk memberi dokumen pengesahan bagi mengesahkan lokasi terakhir pelayaran kapal itu.

"Ketika ini, kami sedang berusaha mendapatkan bendera negara lain dengan melakukan pendaftaran di sana bagi membolehkan pelayaran dapat dilakukan.

"Ini kerana kita nak memastikan bantuan-bantuan ini tetap dapat sampai ke Gaza,” tambahnya.

Pada pagi Jumaat media melaporkan misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza yang sepatutnya berlepas hari ini dari Istanbul, sekali lagi ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Menerusi kenyataan FFC, pihak rejim sebelum ini dilaporkan memberi tekanan hebat kepada Republik Guinea-Bissau untuk menarik balik benderanya daripada kapal utama yang digunakan dalam misi ini, Akdeniz (Mediterranean).

Susulan tekanan itu, kerajaan Republik Guinea-Bissau pula bertindak mengarahkan satu pemeriksaan menyeluruh terhadap kapal penumpang tersebut dijalankan.

Pada masa sama, kumpulan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia turut menggesa kerajaan bagi membantu memudahkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.

Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, gabungan ini menyeru Kerajaan Malaysia bagi menyokong kerajaan Republik Guinea-Bissau untuk memberi kebenaran menggunakan benderanya untuk kapal Akdeniz (Mediterranean) yang didaftarkan di negara itu. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!