Leicester City kembali semula ke EPL

Iklan
Leicester City

[DIKEMAS KINI] LEICESTER City kembali semula ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pencabar terdekat Leeds United tewas 0-4 kepada Queens Park Rangers (QPR) dalam aksi Liga Kejuaraan di Stadium Loftus Road pada Sabtu.

Keputusan diraih The Whites kendalian Daniel Farke di laman keramat QPR itu juga memastikan The Foxes kendalian Enzo Marescra yang berstatus pendahulu tersebut akan menamatkan saingan dalam kelompok dua teratas.

Iklan
Iklan

Kekalahan kesembilan liga musim ini buat Leeds menyaksikan peluang kelab kendalian Daniel Farke menamatkan saingan kedudukan kedua untuk slot automatik ke EPL samar.

The Whites mengekori Leicester dengan empat mata, satu perlawanan berbaki dan satu mata di depan Ipswich Town, yang mempunyai baki dua perlawanan.

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!