PRK Kuala Kubu Baharu: Lima calon hantar borang pencalonan

Iklan
Dari kiri atas: Calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao (tenah),kanan atas: Calon PN, Khairul Azhari Saut (tengah) dan gambar bawah: Calon bebas, Nyau Ke Xin (tengah) selesai menyerahkan borang penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor

HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Seramai lima calon menghantar borang pencalonan PRK Kuala Kubu Baharu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor setakat jam 10 pagi, Sabtu.

Khairul Azhari Saut daripada Perikatan Nasional (PN) merupakan calon pertama memasuki dewan diikuti, calon Perpaduan, Pang Sock Tao bermula jam 9 pagi.

Iklan
Iklan

Ia diikuti dua calon Bebas, Nyau Ke Xin, jam 9.10 pagi dan Chng Boon Lai (9.40 pagi) disusuli seorang lagi calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainuddin jam 9.47 pagi.

Semua calon diberikan tempoh sehingga 10 pagi untuk menghantar borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon, Yuhanas Auree Kamaruddin.

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!