Piala Thomas: Zii Jia kutip mata pertama Malaysia

Iklan
Pemain perseorangan lelaki negara Lee, Zii Jia. Foto fail Bernama

PEMAIN perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia membuka langkah kanan dalam saingan Piala Thomas di China sebentar tadi.

Zii Jia mengutip mata pertama buat Malaysia setelah menewaskan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam saingan Kumpulan D di Hi-Tech Sports Center, Chengdu.

Iklan
Iklan

Pemain yang menghuni ranking ke-10 itu tenang ketika berdepan tentangan sengit Cheuk Yiu yang berada di tangga ke-15 dunia dalam saingan yang berlangsung selama 45 minit tersebut.

Kejayaan tersebut merupakan kemenangan kedua Zia Jii dalam pertemuan dengan Cheuk Yiu di pentas antarabangsa.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan