[VIDEO] Isu akademik: Khairul Azhari tak mahu komen, fokus pilihan raya

Iklan

HULU SELANGOR - Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular di media sosial.

Beliau didakwa mempunyai ijazah dalam bidang pengurusan perniagaan tanpa dianugerahkan ijazah sarjana muda.

Iklan
Iklan

"Saya tidak mahu komen (isu kelayakan pendidikan). Saya fokus untuk pilihan raya.

"Kita lawan pilihan raya secara adil," katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu di sini pada Sabtu.

Iklan

Khairul Azhari (tengah) enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular di media sosial.

Iklan

Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar menerusi hantaran di laman Facebook mempertikaikan taraf pendidikan pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu yang dikatakan 'terlampau hebat' kerana memiliki diploma dan ijazah dalam tempoh dua tahun.

Perkara itu turut menjadi perdebatan di laman sosial apabila rata-rata warga maya mempersoalkan proses pengajiannya yang didakwa tidak melalui peringkat biasa.

Sementara itu, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Azmin Ali menjelaskan, Khairul Azhari telah melalui kursus pengurusan untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu dalam bidang terlibat.

"Kelulusan itu bukan perkara yang dinafikan, memang beliau mengikuti kursus-kursus berkenaan.

"Soal sama ada diiktiraf oleh kementerian atau tidak, itu bukan menjadi pertimbangan mana-mana pelajar khususnya mereka yang sudah ada pengalaman bekerja.

"Biasanya dia akan mengambil satu tempoh yang dipanggil 'executive course' dalam tempoh singkat untuk memberi tumpuan dalam bidang tertentu," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!