KUALA KUBU BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
Menerusi satu kenyataan media, SPRM berkata, bilik gerakan di SPRM Selangor, Seksyen 16, Shah Alam beroperasi 24 jam bermula Sabtu hingga 11 Mei depan.