[VIDEO] Video tular tangki air kotor bukan berlaku di Sabah - Shahelmey

Iklan

PUTATAN - Berlaku kelemahan dalam kerja penyelenggaran antara punca tangki simpanan air kotor dan tercemar seperti video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, walaupun video yang tular itu bukan berlaku di negeri ini tetapi ia perlu diambil perhatian oleh pihak berkaitan termasuk Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan pihak pengurusan kawasan perumahan.

Iklan
Iklan

"Video yang tular telah disemak bukan berlaku di Sabah tetapi ia juga menunjukkan mungkin boleh berlaku.

Iklan

"Di jabatan air memang sentiasa mempunyai kawalan secara berkala terhadap tangki-tangki air atau aset, namun kita perlu membezakan kategori aset secara langsung di bawah JANS atau aset itu dimiliki oleh individu atau pihak pengurusan kawasan perumahan.

Iklan

"Jadi ini memerlukan kerjasama dengan pelbagai pihak dan menggunakan syarat yang dikenakan tetapi mungkin ada satu kelemahan dalam budaya penyelenggaraan," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Putatan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat, di Dewan Sri Putatan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai prosedur penyelenggaraan tangki air bagi mengelak air yang disalur kepada pengguna tercemar seperti satu video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah bagaimanapun memberi jaminan bahawa semua air yang dibekalkan oleh JANS selamat digunakan.

"Untuk bekalan air terawat yang dihasilkan di loji-loji rawatan air JANS semuanya selamat dan menepati piawaian yang ditetapkan," katanya.

Sebelum itu, tular satu video berdurasi tiga minit 41 saat memaparkan satu tangki air domestik yang membekalkan air kepada penduduk, namun kelihatan kotor dan tercemar.

Sementara itu, pada majlis rumah terbuka tersebut turut dihadiri isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!