JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua (DMIJ) yang membawa gelaran Datuk kepada tiga penerima di Istana Bukit Serene di sini hari ini.
Berangkat sama pada istiadat itu adalah Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.