Dua cedera ambulans jatuh gaung

Iklan
Mangsa kejadian ambulans terjatuh ke dalam gaung di Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor diletakkan dalam pengusung sebelum menerima bantuan lanjut pada Sabtu. Foto ihsan JBPM

SEMENYIH - Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi kira-kira enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang, dekat sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan insiden itu sekitar jam 2.07 petang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dan sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

"Pemeriksaan mendapati kemalangan melibatkan dua mangsa yang berada dalam ambulans termasuk pemandu.

Iklan

"Kedua-dua mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 30 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 21 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kata beliau, kedua-dua mangsa cedera ringan dan tiada mangsa yang tersepit dalam nahas tersebut.

Iklan

"Kesemua mangsa berjaya dibawa naik dengan selamat,” ujarnya.

Ujarnya, ambulans itu dalam perjalanan dari Ipoh, Perak menuju ke acara perlumbaan basikal di Jalan Genting Peres, dekat sini.

Tambah beliau ketika kejadian itu ambulans tersebut tidak membawa pesakit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!