Runtuhan bangunan di Gaza ambil masa 14 tahun untuk dialihkan
Iklan
Runtuhan batu dan konkrit yang ditinggalkan kesan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza mungkin memakan masa 14 tahun untuk dialihkan. Foto AFP
Sinar Harian
27 Apr 2024 6:17 pm
ANKARA - Runtuhan batu dan konkrit yang ditinggalkan kesan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza mungkin memakan masa 14 tahun untuk dialihkan, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat.
Pehr Lodhammar, seorang pegawai daripada Perkhidmatan Tindakan Periuk Api PBB (UNMAS), memberitahu satu taklimat di Geneva bahawa serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk, lapor Agensi Anadolu (AA).
Iklan
Iklan
Menurut Pejabat Media di Gaza, serangan Israel memusnahkan sebanyak 70,000 kediaman dan merosakkan 290,000 yang lain mengakibat rumah berkenaan tidak boleh diduduki. Antara yang terjejas akibat serangan itu termasuk bangunan kerajaan, hospital, sekolah, masjid, gereja dan tempat bersejarah.
Keadaan bangunan di Gaza musnah diserang tentera Israel. Foto AFP
Israel telah menyerang Gaza sejak 7 Oktober lepas dan membunuh lebih daripada 34,000 penduduk Palestin. Serangan rejim Israel itu mengakibatkan kebanyakan daripada 2.3 juta populasi di wilayah itu hilang tempat tinggal, kelaparan dan berisiko dijangkiti penyakit. - Bernama
Iklan
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!