Program Sarapan Pagi hanya untuk murid layak: Dr Mahathir

Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media selepas merasmikan Kompleks Balai Islam An-Nur di ibu pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB), hari ini. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR - Kerajaan meneruskan Program Sarapan Pagi (PSP) yang akan bermula 20 Januari ini dengan sedikit penambahbaikan supaya diterima murid yang benar-benar memerlukan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekiranya ia turut dinikmati mereka yang kaya, maka ia tidak adil.

Iklan
Iklan

"Kita memfokuskan kepada kumpulan kurang berkemampuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Balai Islam An-Nur Ibu Pejabat TNB di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Dr Mahathir diberikan penghormatan untuk mengumumkan penamaan semula Kompleks Balai Islam kepada Kompleks Balai Islam An-Nur.

Iklan

Majlis perasmian itu juga bersempena ulang tahun ke-70 TNB yang disambut pada 1 September 2019.

Sementara itu ditanya mengenai pelantikan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai Pengerusi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bagi tempoh dua tahun.

Iklan

Mahathir berkata, pelantikan Ahli Parlimen Jeli itu berdasarkan pengalaman dimiliki.