Dua ekor ular datang 'beraya'

Iklan
Ular tedung dan sawa yang ditemui di halaman rumah pengadu di Kampung Sungai Bedaun, Labuan.

LABUAN - Seorang lelaki tidak menyangka bunyi dengusan aneh di halaman rumah di Kampung Sungai Bedaun, di sini, pada Sabtu, rupanya daripada seekor ular sawa dan tedung.

Bimbang dengan keselamatan ahli keluarganya, lelaki berusia 40-an itu segera menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan menangkap haiwan berbisa tersebut.

Iklan
Iklan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan dalam kenyataannya memaklumkan laporan berhubung kejadian itu diterima pada jam 6.27 petang oleh pengadu.

Menurut kenyataan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Layangan dikejar ke lokasi yang terletak sejauh lapan kilometer.

Iklan

"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian memang terdapat dua ekor ular di halaman rumah pengadu di mana satu ekor ular jenis sawa yang dianggarkan sepanjang dua meter dan satu lagi ular tedung juga dianggarkan dua meter.

"Operasi menangkap ular tersebut segera diadakan dengan menggunakan peralatan khas," katanya pada Sabtu.

Iklan

Katanya, ular tersebut berjaya ditangkap dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.

"Operasi kemudian ditamatkan sebaik kedua-dua ular tersebut berjaya ditangkap," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!