Kanak-kanak dikejar anjing nyaris dilanggar kereta

Iklan
Seorang kanak-kanak lelaki nyaris dilanggar kereta selepas panik dikejar anjing di Sitiawan. Seorang kanak-kanak lelaki terjatuh ketika melarikan diri dikejar anjing dalam kejadian di Sitiawan. Foto ihsan pembaca

LUMUT - Seorang kanak-kanak lelaki nyaris digilis sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Haji Mohamad Ali dekat Sitiawan pada Sabtu.

Video tular berdurasi 20 saat itu memaparkan dua kanak-kanak yang panik melarikan diri selepas dikejar seekor anjing.

Iklan
Iklan

Kejadian pada jam 8.54 pagi itu dirakam pengguna jalan raya yang memaparkan seorang daripada mereka berlari melintas jalan.

Malangnya kanak-kanak itu terjatuh menyebabkan sebuah kereta Proton Wira yang berada di lorong kanan terpaksa mengelak hingga terbabas menaiki pembahagi jalan.

Iklan

Kanak-kanak itu dilaporkan terselamat dan dipercayai hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamad Nordin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Iklan

"Satu laporan dibuat setelah video berkenaan tular di media sosial dan aduan tersebut disalurkan kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk diambil tindakan.

"Difahamkan pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit telah menyita tiga ekor anjing di lokasi kejadian. Siasatan lanjut dijalankan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!