QUITO - Lima anggota tentera dan tiga orang awam terbunuh dalam nahas helikopter tentera Ecuador yang terhempas pada Jumaat, menurut angkatan tentera, lapor Xinhua.
Helikopter yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk yang terjejas akibat banjir, terhempas pada pukul 9.36 pagi (1436 GMT) di Daerah Tiwino, Wilayah Pastaza, kata tentera Ecuador dalam satu kenyataan.