Remaja jalan kaki tiga jam ke masjid tertarik agama Islam

Iklan
Remaja lelaki berjalan kaki selama tiga jam dari rumahnya untuk menuju ke masjid terletak di Michigan, AS. - Agensi

NEW YORK - Seorang remaja berusia 14 tahun tular di media sosial selepas berjalan kaki selama tiga jam atau 35,000 langkah demi mempelajari agama Islam di sebuah masjid di Michigan, Amerika Syarikat.

Remaja lelaki yang tidak dinyatakan namanya itu mengakui dia sanggup berjalan kaki dari rumahnya di Livermore, California selepas membuat kajian mengenai hasanat atau kebaikan dalam agama Islam.

Iklan
Iklan

Berdasarkan rakaman video yang dilampirkan dalam akaun @sahabatsurga, remaja itu dijemput ke hadapan oleh seorang ustaz ketika memberikan ceramah mingguan di masjid tersebut.

Ketika ditanya ustaz mengapa dia sanggup berjalan kaki ke masjid ini, remaja itu menjawab dia ingin mempelajari hasanat dalam Islam di masjid tersebut.

Iklan

Pengakuan remaja itu mendapat tepukan gemuruh oleh jemaah masjid manakala riak muka ustaz yang menanya beberapa soalan kelihatan sebak sambil melaungkan takbir selepas melihat remaja lelaki menceritakan dia sanggup berjalan kaki demi mempelajari agama Islam.

Difahamkan remaja itu telah memeluk agama Islam pada 19 Mac 2023 iaitu tiga hari sebelum bulan Ramadan dan sejak itu dia mula belajar mengenai Islam menerusi beberapa kajian di internet.

Iklan

Tambahnya, dia merasakan Islam adalah satu-satunya agama masih ada di dunia ini yang mengajar mengenai kebenaran

"Anda sentiasa dialu-alukan datang ke masjid ini untuk mempelajari agama Islam di sini," kata ustaz. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!