Mutawif pimpin jemaah 'istimewa' tunai umrah guna tongkat

Iklan
Mutawif yang dikenali sebagai Ustaz Firdaus Rock mengetuai jemaah OKU dengan menggunakan tongkat lipat supaya mereka tidak berpecah atau hilang dari kumpulan semasa berada di dataran Kaabah.

SHAH ALAM - Menjadi impian umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan kurang upaya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.

Tular satu video baru-baru ini di media sosial menunjukkan seorang mutawif mengetuai jemaah OKU cacat penglihatan daripada Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) di Makkah sehingga mengundang reaksi sebak dalam kalangan netizen.

Iklan
Iklan

Berdasarkan perkongsian itu, seorang mutawif yang dikenali sebagai Ustaz Firdaus atau Ustaz Rock dilihat memimpin menggunakan tongkat lipat supaya jemaah tidak berpecah atau terkeluar daripada kumpulan.

Walaupun situasi di pekarangan Kaabah agak sesak, sudah menjadi tanggungjawab seorang mutawif untuk menjaga ahli kumpulan agar tidak hilang dari penglihatannya dari awal sehingga akhir.

Iklan

Jemaah OKU itu mengikuti rapat mutawif mereka sambil menangis kegembiraan selepas diberitahu bahawa Kaabah berada di hadapan masing-masing.

Jemaah OKU cacat penglihatan ketika menunaikan ibadah umrah. (Kanan: Ustaz Firdaus membacakan doa sejurus jemaah hampir dengan Kaabah.)

Usaha 30 jemaah OKU cacat penglihatan B1 dan B2 gembira apabila berpeluang berdiri serta merasai suasana Kaabah.

Iklan

Tindakan murni mutawif tersebut mendapat pujian daripada pengguna media sosial tidak hanya di Malaysia, bahkan seluruh dunia.

Video tular itu mendapat 6.2 juta tontonan dengan 918,900 tanda suka dan 28,100 pengguna memberikan pujian terhadap usaha Ustaz Firdaus memimpin jemaah OKU di ruangan komen.

Menurut pengguna aplikasi TikTok @MuallimJon, besar pengorbanan seorang sahabat yang dikenali sebagai Ustaz Firdaus Rock kerana membawa ahli syurga itu ke Baitullah.

Pengguna @suzana zakaria berkata, hebat mutawif itu kerana orang ramai turut terkesan dengan doa-doa yang dibacanya, terima kasih orang hebat.

Selain itu, bagi @chakiyah87 pula, mereka tidak dapat nikmat melihat, tapi ALLAH SWT jemput mereka dengan penuh hormat untuk 'menatap' keindahan Kaabah, semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan mereka dunia dan akhirat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!