Tiga kali baiki rumah dalam tempoh setahun
Iklan
SHAH ALAM - Angkara sikap pemaju yang tidak bertanggungjawab, seorang lelaki berdepan detik sukar apabila terpaksa membuat tuntutan membaiki kecacatan rumah baharu yang dibelinya sebanyak tiga kali dalam tempoh setahun.
Kakitangan awam, Muhammad Azim Zaid, 33, berkata, ia berikutan terdapat kerosakan teruk dan kebocoran paip pada bahagian bilik air rumah berkenaan menyebabkan kerja-kerja penambahbaikan perlu dilakukan segera.