Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta

Iklan
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Kepulauan Jawa, Indonesia pada 12.29 tengah malam tadi. Gambar hiasan

JAKARTA - [DIKEMAS KINI] Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.

Gegaran kuat itu dikesan di lokasi terletak kira-kira 151 kilometer di perairan barat daya Kabupaten Garut di Jawa Barat.

Iklan
Iklan

"Kedalamannya adalah pada 10 kilometer dan tidak berpotensi mencetuskan tsunami,” ujar BMKG menerusi akaun rasmi di platform X.

Gempa itu turut dirasai penduduk di Jakarta, Depok dan Bandung.

Iklan

"Terasa seperti bergoyang-goyang,” kata Nia, salah seorang warga Depok.

Difahamkan, kebanyakan struktur turut merasai goncangan selama beberapa saat hingga mencetuskan panik dalam kalangan penduduk di beberapa lokasi termasuk Sukabumi, Tangerang, Bogor, Banyumas, Cilacap, Bantul, Sleman, Kulonprogo, Trenggalek yang bertindak segera meninggalkan kediaman masing-masing.

Iklan

Sehingga pagi Ahad, insiden gempa itu terus menjadi topik trending di platform X. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!