Empat maut diserang gajah liar di Assam India

Iklan
Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut India. Gambar hiasan

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut India, lapor Xinhua yang memetik laporan media tempatan.

Insiden itu berlaku di Dhiraimajuli, Daerah Sonitpur, kira-kira 147 kilometer timur laut Dispur, ibu negeri Assam.

Iklan
Iklan

"Seorang individu maut diserang gajah liar itu selepas dia keluar dari rumah pada lewat malam untuk membuang air sementara seorang lagi mati selepas cuba mengusir haiwan itu," kata Pegawai Perhutanan Daerah Pirai Sudhan.

"Gajah liar itu kemudian memijak dua pegawai perhutanan yang sedang meronda di kawasan berkenaan sehingga mati,” katanya.

Iklan

Pegawai Perhutanan Daerah juga mengeluarkan amaran dan petugas bergegas ke kawasan itu untuk meningkatkan lagi rondaan dan mengawal gajah berkenaan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan