Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia

Iklan
Cef ternama Singapura, Tariq Helou dilaporkan meninggal dunia secara mengejut pada 25 April lalu pada usia 29 tahun. - Foto Instagram

SINGAPURA - Cef ternama Singapura, Tariq Helou dilaporkan meninggal dunia secara mengejut pada 25 April lalu pada usia 29 tahun.

Bagaimanapun, punca kematiannya masih belum diumumkan.

Iklan
Iklan

Cef berdarah Jepun, Cina dan Lubnan itu mengusahakan restoran mewah Fleurette yang menawarkan hanya 18 tempat duduk di Rangoon Road yang dibukanya pada 2020.

Ibunya, Catherine Yong, memberitahu portal berita The Straits Times bahawa restoran itu akan terus beroperasi meskipun selepas ketiadaan Helou.

Iklan

"Saya sudah bercakap dengan kakitangan restoran dan mereka telah bersetuju untuk meneruskan operasi buat masa ini," katanya.

Helou merupakan anak sulung kepada seorang adik lelaki dan dua adik perempuan.

Iklan

Cef Helou mula terdedah pada dunia masakan ketika usianya mencedah tiga tahun.

Pada usia itu, dia sudah memasak telur goreng"tanpa kebenaran" ibunya.

Dalam wawancara dengan The Straits Times pada 2020, cef itu berkata, sepanjang membesar, dia melihat ibunya memasak dan sering meluangan masa di rumah neneknya yang berasal dari Jepun dan menetap di Singapura.

Cef Helou melanjutkan pelajaran dalam bidang masakan di sekolah kulinari di Switzerland dan menimba pengalaman bekerja di sana.

Dia juga pernah bekerja sebagai cef di Perancis dan Jepun.

Sekembali ke Singapura, dengan bantuan modal mencecah ratusan ribu dolar Singapura sumbangan kaum keluarga dan rakan-rakannya, cef Heou memulakan restoran Fleurette.

Keputusan membuka restoran itu mendapat perhatian ramai pelanggan yang tertarik dengan hidangan elegan yang ditawarkan cef Helou di restoran itu.

Pada 2024, beliau dinamakan"cef paling banyak dicari" dalam enjin carian Google di Asia oleh platform pelancongan Explore Worldwide.

Cef Helou juga berjaya memperoleh 1.62 juta carian di Google pada 2023 dalam kajian itu, yang menyaksikan jumlah carian Google untuk lebih daripada 1,700 chef di seluruh dunia dari November 2022 hingga Oktober 2023.

Dalam senarai cef di seluruh dunia, Helou berjaya menempatkan dirinya di kedudukan ke-7.

Dua cef tersohor antarabangsa, Gordon Ramsay dan Jamie Oliver masing-masing berada di kedudukan nombor 1 dan 2.

Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.

Seorang ejen publisiti restoran yang baru mula bekerja dengan Fleurette berkata:"Saya baru bercakap dengannya beberapa hari lalu dan semuanya berada dalam keadaan baik Saya sangat terkejut. Saya tidak percaya."

Cef Willin Low, 52, menyifatkan Helou seorang tukang masak yang berbakat besar dan masih muda serta sangat menarik untuk melihat sejauh mana beliau akan meneroka dunia masakan.

"Saya sangat terkejut dan sedih,” kata Willin.

Cef yang berasal dari Perancis Julien Royer, 42, pula mengakui sangat menyenangi Helou.

"Beberapa kali saya bertemu Tariq di Odette atau Fleurette, atau di tempat lain, dia sangat baik dan merendah diri, seorang individu yang bekerja keras dan bersemangat," katanya.

"Semoga dia berehat dengan tenang," kata Royer menitipkan doa.

Sementara itu, cef Shaun Wong, 38, yang sudah setahun berkhidmat di Fleurette selama setahun dan telah berkecimpung dalam dunia kulinari lebih sedekad berkata:"Saya telah bekerja dengan ramai cef dan dia adalah salah seorang yang terbaik. Dia melayan kami dengan sangat baik. Saya sangat seronok bekerja dengannya dan jika ini tidak berlaku, saya boleh menghabiskan sisa hidup saya bekerja dengannya.”

"Helou sangat positif dan optimis, sentiasa percaya bahawa apa sahaja boleh dilakukan." - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!