SEREMBAN - Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nazree Yunus menyarankan pemecatan tujuh ahli majlis pimpinan parti itu dinilai semula.
Menurutnya, keputusan pemecatan yang dibuat berdasarkan Perkara 7.14 Peraturan Tetap AMK 2014 itu tidak akan menguatkan Pemuda dan parti apatah lagi perjuangan reformasi yang diperjuangkan selama ini.
"Bagi saya, mereka semua wajar dikekalkan dalam saf pimpinan AMK Pusat dan diberi peluang.
"Walaupun tindakan terhadap mereka dibuat berdasarkan peraturan tetap AMK, namun bagi saya konteks peraturan tetap itu tidak selari dengan agenda muafakat pengukuhan parti," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Portal berita MalaysiaKini malam tadi melaporkan tujuh ahli itu dipecat berdasarkan surat yang dikeluarkan yang mana keputusan menetapkan ahli majlis pimpinan AMK yang tidak hadir mesyuarat sebanyak enam kali berturut-turut tanpa alasan memuaskan dianggap sudah meletakkan jawatan.
Tujuh ahli itu ialah Nagarajan Kaniappan, Ahmad Khairul Mohamed Noor, Mohd Akmal Hisyam Ahmad Tamyiz, Mohd Firdaus Yusoff, Mohd Izad Buqhary Mohd Kamri, Nik Mohd Faris Syazwan Zainuzzaman dan Wan Mohamad Fitri Wan Abdul Rahim.
Sementara itu Nazree berkata, tindakan pemecatan itu menonjolkan sebuah pasukan angkatan muda yang lemah hanya dengan alasan kehadiran tanpa penilaian keaktifan dalam aktivisme yang lain.
"Saya menyarankan agar pimpinan tertinggi parti meneliti semula tindakan itu dan dapat memberikan suatu nasihat yang lebih baik kepada mereka.
"Ia supaya tidak ada kontradiksi dalam tindakan organisasi dengan matlamatnya yang sebenar serta menyebabkan reformasi kandas," katanya.