Akmal Saleh berang tindakan cantum logo UMNO, DAP

Iklan
Dr Muhamad Akmal (kiri) dan Tangkap layar gambar siaran di Facebook Dr Muhamad Akmal pada Ahad

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berang dengan tindakan segelintir penyokong Perikatan Nasional (PN) yang mempamerkan sebuah replika yang mencantumkan logo parti dengan DAP ketika penamaan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu baru-baru ini.

Dr Muhamad Akmal berkata, berkempen dengan cara menghina pihak lawan bukan pendekatan politik matang sebaliknya mencemarkan imej agama Islam di mata orang lain.

Iklan
Iklan

"Berbeza pendapat tiada masalah tetapi jangan sampai menghina orang lain.

"Kita boleh berkempen dengan matang,kerana kalah menang itu ALLAH yang akan tentukan tetapi Islam tidak ajar kita dengan berkempen secara menghina pihak lawan,” katanya dalam siaran di Facebook beliau pada Ahad.

Iklan

Pada Sabtu, tular sebuah gambar di media sosial memperlihatkan penyokong PN mengangkat sebuah replika yang mencantum logo UMNO-DAP ketika penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara PN, Pakatan Harapan (PH), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas.

Iklan

PH diwakili Pang Sock Tao, PN pula Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainuddin (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Dalam pada itu, Dr Muhamad Akmal berkata, pendekatan berkempen yang baik perlu dilakukan melalui perkongsian idea dan hujahan, bukan dengan menghina pihak lawan.

"Kalau ada alasan kenapa dulu geng sebelah sini pon ada kempen menghina maka jawapan saya takkan benda yang buruk kita hendak ikut dan amalkan, kalau macam itu sampai bila politik negara kita nak jadi matang.

"Jadi tunjukkan akhlak yang baik kerana kita ini adalah cermin Islam di mata orang lain Sebab itu saya beritahu, pilih lah pemimpin yang bukan hipokrit,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!