Lelaki rugi lebih RM13,000 terpedaya tawaran kerja dalam talian

Iklan
Gambar hiasan. Foto 123RF

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki berputih mata apabila wangnya berjumlah RM13,460 lesap setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, kertas siasatan membabitkan mangsa yang berusia 50 tahun dan bekerja sendiri itu telah dibuka pada 21 April lepas.

Iklan
Iklan

"Mangsa mendakwa telah menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada satu nombor yang tidak dikenali menawarkan peluang kerja secara dalam talian dengan cara like (suka) dan subscribe (langgan) video menerusi YouTube dan akan mendapat bayaran yang menarik.

"Mangsa pada awalnya diberikan tugasan pertama hingga ketiga dan menerima bayaran yang dijanjikan iaitu RM15 untuk setiap tugasan. Mangsa yang yakin, ingin meneruskan tugasan lain dengan pulangan yang lebih besar memandangkan bagi tugasan keempat dan kelima, dia ditawarkan bayaran RM20,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, untuk mendapatkan RM20 itu, mangsa dikenakan syarat perlu menyelesaikan tugasan keenam untuk membolehkannya menerima pulangan lebih besar sebanyak RM130.

"Mangsa, bagaimanapun perlu mendepositkan wang pendahuluan dengan menggunakan wang sendiri berjumlah RM100. Setelah menerima bayaran hingga tugasan kesembilan, mangsa lebih yakin untuk meneruskan tugasan ke-10 hingga 12, namun perlu mendepositkan RM300 ke akaun dibekalkan scammer untuk menerima bayaran RM390.

Iklan

"Mangsa yang tidak mengesyaki sebarang penipuan selain ingin mencari wang tambahan untuk persiapan Aidilfitri telah membuat transaksi sebanyak RM1,000 setelah dijanjikan pulangan RM1,300.

Mazli berkata, mangsa mula rasa diperdaya apabila gagal mendapatkan pulangan wang selepas memindahkan RM4,860 atas cubaan ‘memperbetulkan’ kesilapannya pada tugasan ke-18, dan kerana ingin mendapatkan semula wangnya, mangsa melakukan tugasan lain dan perlu mendepositkan RM17,200.

Akibat kekurangan wang, beliau berkata mangsa meminjam daripada ahli keluarga dan mengumpul RM7,200, namun setelah melakukan transaksi dia dimaklumkan pengeluaran tidak dapat dikreditkan ke dalam akaunnya kerana gagal melaksanakan tugasan yang diberikan.

"Sebaliknya, mangsa perlu membuat bayaran lagi dan mengakibatkannya rugi hingga berjumlah RM13,460,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!