Yusri minta penyokong beri masa kepada Bos Gaurus

Iklan
Pemain Perak FC, Mohd Syukri Baharun (depan) bersaing dengan tonggak KDA FC, Mohamad Heshamudin Ahmad dalam perlawanan persahabatan pra-musim 2024/25 di Stadium Perak pada Sabtu. - Foto: Bernama

PENGENDALI Perak FC, Yusri Che Lah meminta penyokong The Bos Gaurus memberi ruang kepada pemain khususnya awang import bagi bersama-sama melihat kebangkitan semula pasukan tersebut dalam kancah Liga-M musim ini.

Menurutnya, pemain import perlu diberi peluang supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan mendapat rentak dengan cara permainan dalam Liga-M yang membuka tirai pada 10 Mei ini.

Iklan
Iklan

"Macam pemain baharu yang kita ambil, Clayton Da Silveria Da Silva dia perlu masa sedikit untuk mendapatkan rentak, semua pemain begitu apabila masuk ke dalam pasukan baharu,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Perak FC sebelum itu memperoleh semangat menjelang sepak mula Liga Super 2024/25 apabila berjaya menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 1-0 dalam perlawanan persahabatan pra-musim Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25 di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu

Iklan

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan menurunkan barisan terbaik namun bergelut untuk membentuk keserasian antara pemain pada jentera serangan dan gagal memecahkan kebuntuan jaringan gol pada separuh masa pertama.

Corak permainan dilihat lebih berhati-hati dengan kawalan bola dan percaturan pemain pada babak kedua akhirnya membuahkan hasil jaringan menerusi jaringan penalti Luciano Guaycochea pada minit ke-58.

Iklan

Penalti tersebut diberikan kepada Perak FC selepas pemeriksaan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati penyerang Firdaus Saiyadi dijatuhkan pemain pertahanan import Brazil, Jose Cleylton dari belakang di dalam kotak penalti.

Sementara itu, Yusri juga menepis dakwaan segelintir penyokong yang dilihat kurang senang apabila mendapatkan khidmat Clayton, bekas pemain kelab Hercilio Luz dalam liga Divisyen 4 Brazil pada 2023.

"Liga di Brazil lebih kompetitif dan agak berbeza sedikit kerana di sana ada banyak liga atau divisyen yang amat susah kita nak terangkan tapi memang berbeza tahapnya.

"Clayton buat penampilan terakhir dengan kelab di Brazil pada 18 Mac lalu di peringkat suku akhir sebelum datang ke Perak dan saya harap dia akan sesuaikan diri segera untuk kita mantapkan pasukan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya pemain import itu boleh beraksi pada aksi sulung Liga Super menentang Terengganu FC di Stadium di Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 11 Mei ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!