Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol

Iklan
Muhammad Hakim Danish menamatkan perlumbaan 2 GP Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di tempat kedua. Foto FB Hakim Danish

PELUMBA muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Litar Jerez, pelumba berusia 17 tahun itu menduduki tempat kedua dengan perbezaan 0.006 saat (s) di belakang pelumba Sepanyol, Alvaro Carpe yang mencatat masa 25 minit 40.711saat (s) untuk menyambar tempat pertama.

Iklan
Iklan

Tempat ketiga menjadi milik Brian Uriarte dari Sepanyol dengan perbezaan masa 0.74s.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Muhammad Hakim Danish meningkat ke kedudukan kelima carta keseluruhan pelumba dengan mengumpul 27 mata selepas menamatkan Perlumbaan 1 di tempat kesembilan.

Iklan

Muhammad Hakim Danish menzahirkan rasa gembira kerana mampu memperbaiki kesilapan yang dilakukan pada perlumbaan 1 semalam.

"Hampir dapat tempat pertama, permulaan agak baik walaupun trek licin, namun saya dapat rentak kembali dan kejar Alvaro. Alhamdulillah dapat tempat kedua.

Iklan

"Saya menantikan perlumbaan seterusnya, saya akan perbaiki kesilapan," katanya menerusi rakaman video yang dikongsi ZK Racing hari ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!