ISLAMABAD - Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Ahad, menurut satu pemberitahuan daripada Bahagian Kabinet Pakistan, lapor Xinhua.
Satu pemberitahuan yang dikeluarkan Sekretariat Kabinet, Bahagian Kabinet itu menyatakan Dar telah diberikan tanggungjawab itu"yang berkuat kuasa serta merta dan sehingga arahan seterusnya”.